Kadang-kadang, terasa penatnya nak memenuhi kehendak orang disekeliling.. Penat nak berhadapan dengan 1001 kerenah manusia.. Penat nak menjelaskan itu dan ini.. Dan akhir sekali, penat kita tidak dihargai..
Sakitkan perasaan itu ? :'(
Tetapi, ketahuilah kamu.. Doa itu senjata mukmin.. Hanya kepada Allah kita bermohon dan meminta.. Kerana hanya Allah yang memegang hati hamba-hambaNya..
"Dan apabila hamba-hamba-Ku, bertanya kepadamu mengenai Aku (katakan) sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang yang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku."
(Surah Al Baqarah : Ayat 186)
Berdoalah kepada Allah agar orang2 disekeliling berlembut hati dengan kita.. Kerana dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.. Kerana kasih sayangNya, bintang di langit pun mampu dicapai..
Kerana Allah itu Tuhanku dan Nabi Muhammad itu Nabiku :')


No comments:
Post a Comment