-->

...FazNa PuNyeR BeLoG StoRy...


Saturday, 20 October 2012

Kisah Kita sebagai manusia dengan Yang Maha Pencipta....


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
  Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



Posted by Unknown at Saturday, October 20, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 10 October 2012

Jika Nak Halal, insyaAllah Allah permudahkan... ^_^

got this from someone... n_n
Pemuda berkenan dengan si gadis → nyatakan hasrat → tanya mahar bape → si gadis jwb al-Quran je → pemuda suka hati → terus pergi merisik → sampai di rumah si gadis → mulalah perbincangan → campurtangan ibu-bapa, famili, kuarga, sanak sedara → result → pemuda berdebar → result kuar → nak mahar RM15K → 9 hantaran serba satu → pemuda terkejut → si gadis hampa → famili gadis senyum kambing → "no money no b-ney" → si gadis hampa → pemuda lagilah kecewa → niat tulus ikhlas → berkecai sekelip mata → pemuda mintak diri → tak jadi nikah → pemuda geram → "Sama macam nak jual anak, kenapa tak jual je kat Wakaf Che Yeh?" → ayah si gadis terus lempang pemuda → ayah pemuda lempang balik ayah si gadis → si ibu lak smackdown si ibu sorang lagi → tarik menarik shawl berlaku → keadaan kacau bilau → "BERHENTII!!!!" → si gadis menempik → semua orang terpeleot → si gadis menangis terisak-isak → "Saya cuma nak hubungan yang halal...tolonglah faham semua orang..jgnlah gaduh..pls..Tuhan berikanlah akuuu cinta...aku juga berhak bahagiaa.." → dua-dua keluarga insaf → Lepas zohor hari tu gak dorang kawin → Gadis dan pemuda hidup bahgia → Semua kerana Allah → Jika nak halal → Allah akan permudahkan → InsyaAllah.
 
 
Posted by Unknown at Wednesday, October 10, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 5 October 2012

kalau nk tegur seseorang, mesti laa ade adab nye oke... ^_^


Menegur mestilah ada adabnya,
Menegur tanpa adab adalah sifat orang-orang yang sombong,
Menegur kesalahan orang lain hendaklah dengan cara lemah lembut serta secara tersembunyi dan tidak terburu-buru.

Kata Ulama' : Seandainya ada orang yang menegurmu dihadapan khalayak ramai, sebenarnya dia bukan menegurmu tetapi dia MENGHINAMU.

Kata Ulama' : Orang yang menegur saudaranya dihadapan khalayak ramai (walaupun dengan cara lemah lembut) umpama dia menelanjangkan saudaranya. 


Situasi :-

L : Awak... saya nak cakap sikit boleh???
P : Ape dia???
L : Awak cantiklah...
P : Ye kew???
L : Tapi awak nak tak saya bagi tips sket,
macam mana nak kelihatan lagi cantik...
P : Nak2....cam new???
L : Awak pakai tudung, bertambah2 lagi
cantik kalau tudung yang awak pakai tu
labuh sampai kebawah dada...
P : Ye kew!!!
L : Ye...
P : Thanks awak....(^_^)...

saya taw sebenarnya awak nak
tegur saya supaya pakai tudung,
teguran awak tu membuatkan saya
bersemangat untuk menutup aurat..


Wallahu'alam...


Read more »
Posted by Unknown at Friday, October 05, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 28 September 2012

Stress nye..Mcm Mana laa Cara nak Hilangkan Stress nie eak

hmmm...sejak na masuk UPM nie, report n assignment x penah nk berhenti2...asyik mengalir je...mcm air daa...huhuhuu...even skrg pown, still na ade report n assignment yg mnunggu giliran tuk na dating ngan dye org sume...aduyai... T_T  bile laa nk abis nie...study pown x 100% agi nie...STTTRRRESSSSSS nya !!!!! sabor je laa...




tapi...tapi...tapi...alhamdulillah...skrg na oke laa ckit..kurang da laa stress tu..wlaupon ckit...muahahaa... ^_^

nk tau x cara yg na guna?? klau nk tau...tu haa...kt bwh nie na ade share2 ckit cm ner nk buat klau stress...insyaAllah menjadi...klau nk baca sila laa...klau x nk, rugilah kalian~ hohoho..... n_n

oke2...kalau korang stress....

1. Henti bernafas sekejap. - Apabila henti bernafas, otak akan kosong sekejap.
2. Tarik nafas dalam-dalam.
3. Senyum (Lebih elok, senyum pada cermin dan lihat diri senyum).
4. Tanya diri - siapa saya?
5. Tanya diri - mengapa saya di sini?
6. Ingat Allah.
7. Ingat Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu.
8. Kuatkan semangat dan belajar sayangkan diri sendiri.
9. Ambil 5 minit setiap langkah, jangan fikir jauh.
10. Terus mara ke depan dengan senyum.

haaa...amacam?da try?brkesan kn...alhamdulillah...cara nie x smestinye tuk students mcm na nie jek...smua org bley buat...x kire laa korang kje ke, duk kt umh ker, ade org mrh ker or pape je laa...insyaAllah ilang stress tu even skjap...npe skjap?? sbb nye yg paling power skali nk ilangkn stress, opkos laa membaca al-Quran +++ menghayatinya...heee :) 

wallahualam...smOga ianya bermanfaat tuk smua org...insyaAllah... ^_^

  
Posted by Unknown at Friday, September 28, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 23 September 2012

Saya sayang Parents saya ketat2 ♥

Beginning with the story of Pencil and Eraser... :')


Pencil : I'm sorry

Eraser : For what? You didn't do anything wrong.


Pencil : I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time.
 
... ...

Eraser : That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day I know I'll be gone, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.  ^_^

 

Our Parents are like the eraser whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on).

Take care of ur parents and treat them with kindness.. ♥










 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥






Posted by Unknown at Sunday, September 23, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 19 September 2012

Berkecil Hati : dosanya adalah Lebih Besar daripada Mengecilkan Hati Orang

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
 
I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.


Anak : Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak : *blurr

Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak : Ooooooo... Ok...

Ayah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak : *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati okk...
sbb itu bermakna kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.


 
P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."








Posted by Unknown at Wednesday, September 19, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 13 September 2012

'Zero' pasal Bola Jaring.. n_n

hmmm...ptg nie da terbukti yg smemangnya Syuhada Fazna Binti Sa'adon x reti main bola jaring..hahahahaa...mana x nye, kali terakhir men time plkn dulu...tu pown mna ade introduced yg psal C,GS,GK n len2 tu...ari nie bru tau..dasyat2..hahaa...wt malu muka den jaa...kuakakaa

main game tu pown juz nk cukupkn syarat...x cukup org kn...kna laa diri nie brkorban ckit utk ganti..wlaupun x pndai men skali pon...hahaaa :))) demi floormate tercinta..huhuu...ag pown, better try main game tu dulu kn drpd disqualified x psal2..blum cuba,blum tau kn....hmm...

tp laa...bgos jgk dpt men ptg td...at least kite tau function2 pmain mcm C ker GS ker, GK ker n len2 lg laa..especially yg GK tu haa...maklum laa, time game ptg jd GK laa kata kn...tp bukn power GK, worst GK..mna x nye, org amik laa bola tu yg kamoo pegi halang je wat pe...ciap tampar bola tu ag..aduyai...nie bukan nye bola tampar mak cik na oii...hahaa...lawak2..sabo je laa.. :)))

well...skrg i da tau okk mcm mna nk main bola jaring tu..x sabar laa plak tuk next competition ( mcm laa ade kn..tu pown klau sekreteriat sukan nk buat lg laa.. :p ) hahaa..ape2 pown..game td tersangat laa best, wlau pon team ku da kalah..sob3 :')

by the way, ill do my best next time...kalah sekali x bermkna kalah slamanya kn...kdg2 kite akan bangkit scara sendirinya melalui kekalahan kita...x cye?try laa...weee..well job Fazna! ^_^



Posted by Unknown at Thursday, September 13, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 29 August 2012

Sahabat Sejati Na di UPM...


Lambat nye laa nak masuk kampus...na da rndu sgt2 kat suasana di sana..huhuu...especially kwn2 na yg comel n nakal tu...slama sthun na blaja kat sna,dye org laa sahabat na yg sgt baik...i luv them very much...hee ♥ hopefully prsahabatan kami kekal smpai ke Akhirat..insyaAllah... ^^

inilah dye kawan2 na yg nakal2 tu...gmbar nie diambil time kite owg nk buat kje amali kat genting highland...fuhhh...sgt sejuk dan best..hahaa... nie baru kat bwh...bygkan laa...kita owg naik puncak genting highland seyy...awan lalu depan mata jek..punye laa sejuk...yg taman2 tema tu smua kat bwh..kita owg naik yg atas skali punye...gempak x...haa..nie laa untungnye jd budak utan...kuakakaa :)

sesungguhnya mereka laa sahabat na yg sering mmbantu na time na ksedihan n ksusahn spanjang stahun na blajar kat upm...trima kasih korang.. :')



conclusion nye di sini ::: Imam al-Ghazali ade berkata, "Jika engkau memperoleh seorang teman duduk yang mengingatkan engkau kepada Allah dgn meihat wajahnya dan perjalanan hidupnya, maka rapatilah dan jgn engkau berpisah darinya. rampaslah hatinya dan jgn engkau memandang hina kepadanya. kerana itu adalah rampasan bagi orang yg berakal dan barang hilang bagi orang mukmin. Dan yakinlah, bahawa teman duduk yg soleh itu lebih baik drpd bersendirian. Dan sendirian itu lebih baik dari teman duduk yg jahat."



Posted by Unknown at Wednesday, August 29, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 24 August 2012

My Warm Wishes on Eid Mubarak 2012...

Lama nye laa na x update blog nie..huhuu...biasa laa..kt kampung na nie susah ckit nk dpt line broadband...heee ^_^

alang2 na da bley o9 nie...smpat agi kn tuk na wish raya kt allz blogger n reader sekalian..hehee.. :) syawal kn sebuln..ari nie baru raya ke tujuh...yeehhaa~

so...di buln yg mulia nie,na nk minx maaf byk2 andai kata dlm entry na nie ade word2 na yg buat allz blogger n reader sekalian terasa ati ker, word2 na terkasar ke..minx maaf eak...

kpd sesiapa yg mngenali diri na nie, na minx maaf jgk atas smua keslhan yg pernah na buat kt korang...halalkn mkn minum na ea...halalkn brg2 korang yg pernah bg kt na or pernah na guna ker..huhuu...sori ya !

 


spanjang 6 ari na beraya, byk sgt cter best2 n scary2..nk tau??next time na smbung cter2 tu...nnti singgah2 laa blog na bca entry na...hahahaa...weee~
okk laa...take care smua..jgn mkn byk2 sgt tau..hahak... ;)
♥ SELAMAT HARI RAYA ♥


Posted by Unknown at Friday, August 24, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 17 August 2012

I will miss you Ramadhan...T_T

Ari nie da ari jumaat...jumaat terakhir di bulan Ramadhan...esok da last puasa... :(
Aku melihat Ramadhan dari kejauhan..lalu ku sapa ia..
"hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata...
"maaf..aku terpaksa pergi..mungkin lama..." :'(
Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami,oleh itu berilah masa kpd kami utk terus beramal spt dlm bulan Ramadhan.Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk utk mentaati-Mu dgn ikhlas hati kami dan beribadat kpd-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah,
kami mohon kpd-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi utk bertemu dgn bulan Ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kpd-Mu.
Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu dgn bulan Ramadhan lagi,maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami kedalam syurga-Mu.
Ya Allah,
kami berharap dgn berakhirnya bulan Ramadhan yg mulia ini,segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan.
Aamiin.........
Posted by Unknown at Friday, August 17, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 12 August 2012

1st year UPM student...Result ohh Result...


Hai smua orang! ^_^

ari nie na nk ckp psal result exam na laa...hmm..sedar x sedar da stahun pngajian na kt UPM tu...punye laa byk rintangan yg na hadapi time tu..especially time sem 2..kelam kabut idup na...maklum laa 1st time buat n handle program..mna x kelam kabut nye..huhuu :p

yg kalakar nye sem 2 nie...time study week org smua da start study..tp na time study week duk klam kabut ciapkan report yg brtimbun2...mcm bukan org daa rupe nye..hahahaa :) tdo pown da x btol...kul 4 pg bwu tdo..ya Allah..pnat nye time tu Allah je yg tau...x brhenti buat kje...tp alhamdulillah...smua report2 tu dpt na antr tepat pd msa nye...hmm..baru thun pertama...thun seterusnye x tau laa ape jd..jgn smpai na jd zombie sudah...hahaaa... :)))

okk..ckp psal result exam...hmm..smua member na da cek awal2 ag..tp na 3 ari ps result kuar bru na cek..(sje je nk cek lambat..takot laa konon..hahaa)...kputusan result??alhamdulillah...na berjya lpas apa yg na target..wlaupun x sehebat kwn2 na..tp berbaloi sgt dgn usha na slama stahun trtunggang trbalik kt upm tu...syukur sgt2...heee :)

itu saje yg na nk share..huhuu ^^
 

p/s utk na n smua yg lawat blog na :::  

Kejayaan yang hakiki itu bukanlah dinilai semata-mata dari tingginya pointer atau CGPA atau banyaknya bilangan A di dalam sijil pendidikannya.  

Tetapi kejayaan yang sebenar-benarnya ialah sejauhmana dia dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya untuk kebaikan dirinya di dunia dan di akhirat. Apatah lagi dia dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain. 



Posted by Unknown at Sunday, August 12, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 10 August 2012

Malam Lailatul Qadar...


Apa khabar sahabat na sekalian?moga2 semuanya berada dlm rahmat Allah SWT...insyaAllah...♥
alhamdulillah..sedar x sedar kita dah pon berada pd 10 Ramadhan terakhir...cepat nye laa msa berlalu kn..:'(

hmmm...10 Ramadhan terakhir nie laa yg na nanti2 kn sgt...lma da na tunggu...trima kasih Ya Allah sbb bg na pluang utk brjumpa ngn 10 Ramadhan terakhir nie...♥

ape yg special sgt sbenarnye 10 Ramadhan nie mek na oii??
of course laa special...dlm 10 Ramadhan nie, ade nye satu mlm yg cukup istimewa taw...
iaitu MALAM LAILATUL QADAR...

jOm sambung baca sterusnya mcm mna nk dptkan Malam Lailatul Qadar ----->

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
2. Isnin - 21 Ramadhan
3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
4. Khamis - 25 Ramadhan
5. Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

wallahu'alam.
 
  
 p/s ::: arap2 kita sma2 dpt mcapai mlm Lailatul Qadar tersebut ya...! insyaAllah..



Posted by Unknown at Friday, August 10, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Assalamualaikum..helloo everyone !




...Walk Alive...

Cherry

Sekarang saya.....


Blog Owner ^_^

nama diberi syuhada fazna binti sa'adon..simple nickname, na
stay kat kesuma lakes, Selangor
study kat UPM Serdang
sweet 22

Facebook Badge

Fazz LuminOus

Create Your Badge

Blog Archive

  • ▼  2012 (25)
    • ►  July (6)
    • ►  August (12)
      • Malam Lailatul Qadar...
      • 1st year UPM student...Result ohh Result...
      • I will miss you Ramadhan...T_T
      • My Warm Wishes on Eid Mubarak 2012...
      • Sahabat Sejati Na di UPM...
    • ►  September (4)
      • 'Zero' pasal Bola Jaring.. n_n
      • Berkecil Hati : dosanya adalah Lebih Besar daripad...
      • Saya sayang Parents saya ketat2 ♥
      • Stress nye..Mcm Mana laa Cara nak Hilangkan Stress...
    • ▼  October (3)
      • kalau nk tegur seseorang, mesti laa ade adab nye o...
      • Jika Nak Halal, insyaAllah Allah permudahkan... ^_^
      • Kisah Kita sebagai manusia dengan Yang Maha Pencip...
  • ►  2013 (17)
    • ►  January (1)
    • ►  February (8)
    • ►  March (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (3)
    • ►  October (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)

Followers


Theme images by linearcurves. Powered by Blogger.