-->

...FazNa PuNyeR BeLoG StoRy...


Saturday, 20 October 2012

Kisah Kita sebagai manusia dengan Yang Maha Pencipta....


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
  Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



Posted by Unknown at Saturday, October 20, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 10 October 2012

Jika Nak Halal, insyaAllah Allah permudahkan... ^_^

got this from someone... n_n
Pemuda berkenan dengan si gadis → nyatakan hasrat → tanya mahar bape → si gadis jwb al-Quran je → pemuda suka hati → terus pergi merisik → sampai di rumah si gadis → mulalah perbincangan → campurtangan ibu-bapa, famili, kuarga, sanak sedara → result → pemuda berdebar → result kuar → nak mahar RM15K → 9 hantaran serba satu → pemuda terkejut → si gadis hampa → famili gadis senyum kambing → "no money no b-ney" → si gadis hampa → pemuda lagilah kecewa → niat tulus ikhlas → berkecai sekelip mata → pemuda mintak diri → tak jadi nikah → pemuda geram → "Sama macam nak jual anak, kenapa tak jual je kat Wakaf Che Yeh?" → ayah si gadis terus lempang pemuda → ayah pemuda lempang balik ayah si gadis → si ibu lak smackdown si ibu sorang lagi → tarik menarik shawl berlaku → keadaan kacau bilau → "BERHENTII!!!!" → si gadis menempik → semua orang terpeleot → si gadis menangis terisak-isak → "Saya cuma nak hubungan yang halal...tolonglah faham semua orang..jgnlah gaduh..pls..Tuhan berikanlah akuuu cinta...aku juga berhak bahagiaa.." → dua-dua keluarga insaf → Lepas zohor hari tu gak dorang kawin → Gadis dan pemuda hidup bahgia → Semua kerana Allah → Jika nak halal → Allah akan permudahkan → InsyaAllah.
 
 
Posted by Unknown at Wednesday, October 10, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 5 October 2012

kalau nk tegur seseorang, mesti laa ade adab nye oke... ^_^


Menegur mestilah ada adabnya,
Menegur tanpa adab adalah sifat orang-orang yang sombong,
Menegur kesalahan orang lain hendaklah dengan cara lemah lembut serta secara tersembunyi dan tidak terburu-buru.

Kata Ulama' : Seandainya ada orang yang menegurmu dihadapan khalayak ramai, sebenarnya dia bukan menegurmu tetapi dia MENGHINAMU.

Kata Ulama' : Orang yang menegur saudaranya dihadapan khalayak ramai (walaupun dengan cara lemah lembut) umpama dia menelanjangkan saudaranya. 


Situasi :-

L : Awak... saya nak cakap sikit boleh???
P : Ape dia???
L : Awak cantiklah...
P : Ye kew???
L : Tapi awak nak tak saya bagi tips sket,
macam mana nak kelihatan lagi cantik...
P : Nak2....cam new???
L : Awak pakai tudung, bertambah2 lagi
cantik kalau tudung yang awak pakai tu
labuh sampai kebawah dada...
P : Ye kew!!!
L : Ye...
P : Thanks awak....(^_^)...

saya taw sebenarnya awak nak
tegur saya supaya pakai tudung,
teguran awak tu membuatkan saya
bersemangat untuk menutup aurat..


Wallahu'alam...


Read more »
Posted by Unknown at Friday, October 05, 2012
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Assalamualaikum..helloo everyone !




...Walk Alive...

Cherry

Sekarang saya.....


Blog Owner ^_^

nama diberi syuhada fazna binti sa'adon..simple nickname, na
stay kat kesuma lakes, Selangor
study kat UPM Serdang
sweet 22

Facebook Badge

Fazz LuminOus

Create Your Badge

Blog Archive

  • ▼  2012 (25)
    • ►  July (6)
    • ►  August (12)
    • ►  September (4)
    • ▼  October (3)
      • kalau nk tegur seseorang, mesti laa ade adab nye o...
      • Jika Nak Halal, insyaAllah Allah permudahkan... ^_^
      • Kisah Kita sebagai manusia dengan Yang Maha Pencip...
  • ►  2013 (17)
    • ►  January (1)
    • ►  February (8)
    • ►  March (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (3)
    • ►  October (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  January (2)

Followers


Theme images by linearcurves. Powered by Blogger.